Wednesday, November 23, 2011

Dia Kehilangan Orang Yang Sangat Dicintainya

Jangan sesekali hadir dalam hidup kalau ia hanya akan menghancurkan perasaannya 

Jangan pernah menatap menatap matanya jika semua yang kamu lakukan  kepalsuan belaka

Perkara yang paling kejam adalah membiarkan seseorang jatuh cinta sedangkan kamu tidak mencintainya 























Suatu hari , seseorang yang sedang putus cinta menangis di taman.Datang seorang ahli falsafah 

Orang itu menjawab ,"aku sangat sedih , kenapa dia meninggalkanku"

Lalu ahli falsafah tertawa sambil berkata, "kamu bodoh sekali!"

Lalu orang itu menjawab , "Kenapa kamu berkata begitu? Aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan ,tak apalah kalau kamu tak mahu memujukku , tapi janganlah mentertawakanku "

"Bodoh , kamu tak perlu sedih ,kerana yang seharusnya sedih adalah dia,"kata ahli falsafah itu

"kenapa dia yang bersedih , bukankah dia yang meninggalkan aku"kata orang itu..

"Kamu hanya hilang orang yang tidak mencintaimu , Tetapi dia kehilangan orang yang sangat mencintainya ," jawab ahli falsafah itu.

Jangan tertarik kepada seseorang kerana rupa parasnya,sebab keelokan paras dapat menyesat.
Jangan pula tertarik kepada kekayaan , kerana kekayaan dapat musnah.Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuat mu tersenyum.Hanya senyum yang dapat hari-harimu yang gelap menjadi cerah..  




Baru Blajar Bahasa Inggeris

Abu baru belajar bahasa inggeris.Dia amat bangga walaupun hanya tahu thank you,one,two,three,four,five,six,seven.Suatu hari Abu dalam perjalanan untuk balik ke rumah ,dia terlanggar seorang mat salleh.Dia pun terfikir mungkin inilah masa yang sesuai untuk menguji bahasa inggeris..

Abu : Thank You.
Mat Salleh : Me Too

Abu terfikir lepas two mesti three

Abu : Three
Mat Salleh : What For......?
Abu : Five
Mat Salleh : Are you sick?

Abu terfikir lagi lepas six mesti seven.Tapi lepas seven dia tak tau lagi

Abu : Seven...........(sambil berlari)
Mat Salleh : .........


Kelas Bahasa Inggeris

Zaidi ingin bertanya kepada gurunya ..........

Zaidi : Cikgu boleh saya tanya.....???
Cikgu : Boleh tanyalah..
Zaidi : Ape maksud "I Don't Know"
Cikgu : Saya Tak Tahu..
Zaidi : Takkan tu pun tak tahu cikgu..
Cikgu : -_-